Home » YADIM MADANI » Program Pendidikan Madani Future Educational To Global Go Global 2024

Program Pendidikan Madani Future Educational To Global Go Global 2024

SEKITAR Majlis Peluncuran Program Pendidikan Madani Future Educational To Global Go Global 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor 2, Bachok pada 28 April.
Ia disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu , Dr Mohd Rozi Ismail.
Turut diadakan ialah Ceramah Bicara Dakwah “Penyempurnaan Solat sebagai asas penghayatan masyarakat Madani” disampaikan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang.
Seramai 700 orang pelajar dan guru-guru telah menghadiri majlis ini. Antara pengisian program ini adalah teknik skor subjek-subjek teras, motivasi dan kelas penyempurnaan solat.
Ia bakal dilaksanakan dengan kerjasama rakan agensi seperti Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu dan YADIM.
Hadir sama ialah Pengetua MK Beris Panchor 2, Encik Law Ann Chay dan Pengerusi ProPendididik, Dr. Mohd Akhmarudi Mohd Yusoff.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *