Home » Langit Terbuka » Program pengekodan, sejarah Johor di sekolah agama

Program pengekodan, sejarah Johor di sekolah agama

PASIR GUDANG 1 Jan. – Kerajaan negeri sedang mengkaji untuk memperkenalkan program pengekodan menjadi sebahagian daripada kurikukulum sekolah agama di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah tersebut merupakan satu transformasi untuk memantapkan kaedah pembelajaran sekolah agama di negeri ini.

“Selain program pengekodan itu, kita juga bercadang memperkenalkan mata pelajaran sejarah Johor di sekolah agama kerana subjek ini tidak diajar di sekolah kebangsaan,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas itu berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pecah Tanah Sekolah Agama Bandar Seri Alam 2, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *