Home » Citra Yadim » Program Rehlah Rahmah Belia Pulau Pinang

Program Rehlah Rahmah Belia Pulau Pinang

TASIK BANDING – “Terima kasih YADIM, sebelum ini memang ada program dengan pihak luar, tapi ini yang paling meriah.

“Penduduk pun suka, banyak aktiviti yang boleh sertai, sebelum ini tak pernah ada pengalaman macam ini,” kata Tok Batin Kampung Klewang, Zamri Seputeh di sini.

Demikian reaksi beliau berhubung program Rehlah Rahmah Belia Pulau Pinang yang diadakan di kampungnya pada 2 dan 3 November lalu.

Seramai 40 belia terpilih dari seluruh Pulau Pinang menyertai program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang ini yang bertujuan menyampaikan Islam dalam bentuk santai, selain mendekatkan belia dan masyarakat kepada YADIM.

Program ini juga berhasrat menanamkan kefahaman dan memberi pengalaman berdakwah di lapangan kepada para peserta. Hadir sama ke program ini ialah Penyelaras YADIM Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan. Pencetus Ummah Mohamad Azraie Mohamad Yunus dan Daie Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail telah dijemput sebagai penceramah bagi program ini.

Belia yang terpilih adalah dari kalangan pelajar Institut Latihan Perindustrian, Pusat Giat MARA, pelajar kolej kolej vokasional dan sukarelawan di seluruh Pulau Pinang.

Rata rata peserta amat teruja menyertai program ini yang menurut mereka adalah pengalaman baharu yang banyak memberi ilmu dan kenangan.

Kampung Klewang yang hanya mempunyai dua buah keluarga Muslim memberi peluang peserta yang kebanyakannya tidak pernah berdakwah sebelum ini, merasai pengalaman tersebut.

Antara program yang berlangsung sepanjang Rehlah ini ialah gotong royong, jamuan bersama masyarakat Orang Asli, bengkel sukarelawan Fastabiqul Khairat, sukaneka, demonstrasi ukiran buah dan solekan masyarakat Orang Asli, penyampaian sumbangan, serta tazkirah santai bersama masyarakat Orang Asli.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *