Home » Citra Yadim » Program Semarak Ar Rayyan Ramadan

Program Semarak Ar Rayyan Ramadan

YAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Kedah telah menjalinkan kerjasama dengan Pejabat Exco Pembangunan Insan Negeri Kedah dan Pertubuhan Kebajikan Wanita Nur Hikmah (HIKMAH) Kedah untuk menghidupkan Ramadan menerusi program Semarak Ar Rayyan Ramadan.

Program Semarak Kasih siri 2 telah diadakan pada 18 April 2022 bertempat di Masjid Al Hadi, Bukit Besar.

Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria telah dijemput untuk mengisi program ini dengan menyampaikan kuliah yang bertajuk ‘Ibrah Surah  As Saft’. Hampir 100 peserta hadir dalam program ini.

Hadir bersama dalam majlis ini Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, Yang Berhormat Ustaz Mohd Azam Abd Samat yang mewakili Exco Pembangunan Insan Negeri Kedah dan Pengerusi Pertubuhan Wanita Nur Hikmah (HIKMAH) Kedah, Ustazah Fatimah  Wan Teh.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *