Home » Citra Yadim » Program Seminar Kenegaraan Madani 2023 Negeri Terengganu

Program Seminar Kenegaraan Madani 2023 Negeri Terengganu

PROGRAM Seminar Kenegaraan Madani 2023 Negeri Terengganu telah berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu pada 1 November.
Seramai 400 peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah sekitar Kuala Terengganu menyertai program sehari ini yang antara lain pengisiannya termasuklah forum serta kuiz kenegaraan.
Program bermula dengan sesi Motivasi Kenegaraan Madani bertajuk ‘Kedudukan Islam Dalam Pelembagaan Persekutuan’ disampaikan oleh Ketua Jabatan Kenegaraan Dan Ketamadunan Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Madya Dr. Firdaus Khairi Abdul Kadir.
Ia disusuli Forum Madani menampilkan Mantan Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin.
Moderator forum bertajuk ‘Perpaduan Asas Pembinaan Negara Bangsa (Kenegaraan’ ialah Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin.
Dalam sesi perasmian, Pengerusi Persatuan Penglibatan Ibu bapa Komuniti dan Swasta Dalam Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Mohd Ropaat Khamid berkata, beliau berharap input berguna daripada program dapat membawa perubahan dalam diri peserta selepas program ini.
Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus pula, ketika merasmikan program memberitahu, pihaknya sentiasa berusaha menjadi penggerak kepada gagasan Malaysia Madani, khususnya yang melibatkan generasi muda.
Tambahnya, negara memerlukan penglibatan anak muda dalam pembangunannya kerana mereka mempunyai idea yang lebih banyak dan segar.
Beliau tidak lupa mengingatkan para peserta supaya sentiasa cakna dengan perkembangan semasa dunia, seperti yang berlaku di Palestin ketika ini.
Datuk Hasanuddin juga mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.
Hadir sama ke program ini ialah Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Encik Shahrizal Mat.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *