Home » Citra Yadim » Program silang budaya, dialog sesuai anjuran YADIM
a

Program silang budaya, dialog sesuai anjuran YADIM

GEORGETOWN – Program berbentuk silang budaya melibatkan pelbagai bangsa dilihat amat sesuai dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Pulau Pinang.

Pegawai Khas di Pejabat Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tabiin Sahri berkata, dengan demografi penduduk Pulau Pinang yang pelbagai, program berbentuk silang budaya adalah bertepatan jika dianjurkan YADIM bagi mempromosi keharmonian antara kaum.

“Program seperti dialog antara agama dan kaum sangat sesuai untuk dianjurkan YADIM bagi mencapai tujuan itu.

“Pada masa yang sama YADIM boleh mempromosi konsep rahmah, dan membuka peluang mereka (masyarakat bukan Islam) mengenali kita,”ujar beliau semasa sesi perbincangan dalam kunjungan YADIM kepada Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang,  Yang Berhormat. Dato’ Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman di sini pada 25 Julai.

Selain Ahmad Zakiyuddin dan Tabiin, pejabat Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang diwakili oleh Mohd Fitri Ibrahim, selaku Setiausaha Sulit Ahmad Zakiyuddin dan Rosidi Hussin (Pegawai Khas).

Delegasi YADIM pula diwakili oleh Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, Ketua Pegawai Operasi, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Penolong Pengarah YADIM Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan serta beberapa pegawai lain.

Dalam pada itu, Tabiin menambah program silang budaya juga dilihat boleh meraikan sebarang perbezaan dalam aspek ekonomi, pendidikan serta agama.

“Cabaran utama dalam masyarakat berbilang kaum, seperti di Pulau Pinang ini ialah pengurusan perbezaan pandangan, justeru, sekiranya YADIM berjaya anjur seperti yang kita sebutkan tadi, ia pasti boleh beri impak,” ujar beliau.

Pertemuan selama sejam di pejabat Ahmad Zakiyudin itu bertujuan memberi pengenalan lebih jelas tentang gerak kerja YADIM serta mencari peluang kerjasama antara badan dakwah ini dengan kerajaan Pulau Pinang.

Nik Omar menjelaskan, YADIM juga berperanan sebagai penyelaras aktiviti badan bukan kerajaan Islam di negara ini, sekaligus kehadirannya di Pulau Pinang boleh membantu pergerakan badan badan berkenaan yang sememangnya aktif di negeri itu.

 

 

Artikel Berkaitan

Kerjasama strategik YADIM – YPM

PERBINCANGAN Bagi menjalin kerjasama antara YADIM dan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) telah diadakan pada 26 Mei 2023 di Menara MARA, Kuala Lumpur.

Kunjung hormat YADIM ke BSN

KUNJUNG HORMAT YADIM ke Bank Simpanan Nasional (BSN) telah diadakan pada 25 Mei 2023 di Wisma BSN, Kuala Lumpur bagi membincangkan kerjasama

Inisiatif dakwah Takwim Hijrah

TIDAK Banyak pihak yang mengkaji tentang kepentingan takwim Islam di negara ini, apatah lagi berdakwah menggunakannya. Itu antara cadangan kerjasama daripada i

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *