Home » Citra Yadim » Program Sinar Zulhijah Masyarakat Orang Asli Melaka 2022M / 1443H

Program Sinar Zulhijah Masyarakat Orang Asli Melaka 2022M / 1443H

ALOR GAJAH – Pada hari terakhir ibadah korban 1443H telah dilaksanakan program untuk meraikan masyarakat Orang Asli di negeri ini oleh YADIM Melaka.

Program dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka(JAIM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) ini turut melibatkan rakan badan bukan kerajaan seperti Hidayah Centre Foundation, PERKIM dan Gabungan Dakwah Malaysia.

Ia dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Taboh Naning, Yang Berhormat Tuan Zulkiflee Mohd Zin. Keseluruhannya sebanyak enam ekor lembu telah disumbangkan oleh MAIM, JAIM, Hidayah Centre dan JAKIM untuk program ini.

Pihak YADIM pula menyumbangkan 20 naskah Al Quran ke Surau Kampung Orang Asli Bukit Payong yang diterima oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Bukit Payong, Mohd Irwan Redzuan Abdullah selain sumbangan berbentuk tunai untuk pembelian kelengkapan proses korban.

Sumbangan Al-Quran ini adalah salah satu usaha berterusan bersempena Kempen Jelajah ‘I Love Muhammad S.A.W.’ yang dilaksanakan oleh YADIM. Pelekat kenderaan iaitu bahan kempen telah diserahkan kepada penerima daging korban dan barisan sukarelawan yang hadir.

Program kali ini juga telah diadakan pemeriksaan darah untuk penyakit malaria yang dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah dan reruai kerjaya oleh pihak PERKESO dibawah inisiatif “myfuturejobs”.

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *