Home » Citra Yadim » Qurban 1443H UTeM, YADIM dan Kempen “I Love Muhammad S.A.W”

Qurban 1443H UTeM, YADIM dan Kempen “I Love Muhammad S.A.W”

AYER KEROH – Program Ibadah Korban kerjasama antara YADIM Melaka dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tahun ini menyaksikan sebanyak sembilan ekor lembu dan enam ekor kambing dikorbankan.

Pada tahun ini juga, YADIM Melaka telah menaja pembelian parang sembelihan berkualiti tinggi tempaan pakar dari Kelantan.

Seramai 500 orang warga UTeM telah sama-sama hadir untuk membantu melaksanakan ibadah ini yang diadakan di Masjid Saidina Abu Bakar di UTeM.

Program ini telah dihadiri oleh Pengarah Pusat Islam UTeM, Dr Mahadi Abu Hasan yang mewakili Naib Canselor UTeM, Prof Dr Massila Kamalrudin.

Program kali ini juga dihadiri oleh Sukarelawan YADIM Melaka diketuai oleh Ustaz Fauzee Mohamed yang sama-sama membantu proses qurban.

Pada masa yang sama juga, YADIM Melaka mengambil peluang melaksanakan Kempen “I Love Muhammad S.A.W’ dan Kempen ‘Jom Ke Masjid’. Pelekat kenderaan kempen ini telah diserahkan oleh Penyelaras YADIM Melaka, Mohd Nor Zahidi Mohd Ghazaly kepada penerima sumbangan daging korban dan juga kepada warga UTeM yang hadir.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *