Home » Citra Yadim » Program ‘Smart Camp, Strive To Success’ KEMUDA

Program ‘Smart Camp, Strive To Success’ KEMUDA

HULU LANGAT – Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus bergerak menyantuni generasi muda dengan penganjuran program program yang bermanfaat untuk mereka.

Terbaharu pada 7 Mac, bertempat di Kem King Fisher di sini , KEMUDA telah menganjurkan program ‘Smart Camp, Strive To Success’.

Diadakan dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia dan Persatuan Belia Seri Cempaka, kem kecemerlangan pelajaran ini dihadiri oleh 120 pelajar sekolah menengah dari kategori B40.

Turut menyertai kem ini ialah 10 pelajar bukan Islam, sesuai dengan pendekatan YADIM yang menyantuni semua tanpa mengira latar belakang.

Antara pegawai YADIM dari KEMUDA yang terlibat ialah Penolong Pengarahnya, Mohd Khamis Mohamad Sani, Anis Razani, Nazia Aqilah Mohd Anuar dan Nurul Ashikin Zakaria.

Mereka telah diberi kepercayaan mengendalikan slot khas persiapan menghadapi peperiksaan serta penghayatan menghargai ilmu.

Persatuan Belia Seri Cempaka pula diwakili oleh Pengerusinya, Khairil Roy Azuan Kamaruddin.

Dalam pada itu, antara pengisian dalam kem ini termasuklah menerbangkan kapal terbang kertas.

Walaupun nampak ringkas, tetapi ia diubah suai supaya ia menguji kemampuan berfikir dan daya kreativiti para peserta kursus ini.

Selain pelajaran, kem ini turut memberi penekanan kepada aspek kepemimpinan, integriti dan kemahiran berkomunikasi.

Smart Camp, Strive To Success ini merupakan siri ke enam diadakan tahun ini dengan penyertaan pelajar dari Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *