Home » Citra Yadim » Program Wacana Pemantapan Aqidah Zon Utara

Program Wacana Pemantapan Aqidah Zon Utara

SUNGAI PETANI 25 Januari – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara telah menganjurkan program Wacana Pemantapan Aqidah pada 24 Januari lalu bertempat di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN)m Teluk Nipah, Pantai Merdeka dekat sini.

Eksekutif YADIM Zon Utara, Afifi berkata, program berkenaan diadakan bagi memberikan kesedaran kepada para peserta yang terdiri daripada fasilitator dan kakitangan PLKN mengenai pelbagai perkara termasuk fardu ain dan solat.

Beliau berkta, program berkenaan telah disertai oleh 70 peserta yang terdiri daripada fasilitator dan kakitangan PLKN Teluk Nipah.

“Ceramah telah disampaikan oleh Haji Azmi Mohamad dari YADIM Zon Utara  dan antara perkara yang disentuh termasuk kepentingan solat dalam membentuk jati diri Muslim terutama kepada fasilitator dan kakitangan PLKN yang terlibat dalam melatih golongan muda.

“Selain itu, program ini turut diisi dengan bacaan yasin oleh para peserta dan solat secara berjemaah dengan turut disertai oleh Komandan PLKN, Mejar (TUDM) Aspidin Razali,’’ katanya.

Sementara itu, pada hari yang sama turut berlangsung program Program Halaqah Ilmi siri 6 2017 yang turut disertai oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam  Negeri Kedah dan berlangsung di pejabat pertubuhan ISMA, Alor Setar.

Dalam program itu, pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk menyusun gerak kerja NGO-NGO Islam sepanjang tahun ini bagi memastikan gerakan Islam dapat dilaksanakan dengan teratur dan memberi kesan kepada masyarakat.

Antara cadangan yang dikemukakan termasuk mengadakan kunjung hormat kepada Sahibus Samahah Dato` Mufti Negeri Kedah, Dato’ Paduka Syeikh Mohamad Baderudin Ahmadprogram-program kolaborasi bersama NGO, ziarah kemiskinan, pengkisahan Negeri Kedah dan puisi.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *