Home » Langit Terbuka » Proses penamaan calon PRU14 bermula

Proses penamaan calon PRU14 bermula

PROSES penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bermula 9 pagi hingga 10 pagi di 222 pusat penamaan calon seluruh negara.

Ia membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Bagi Sarawak, hanya pilihan raya peringkat parlimen sahaja diadakan memandangkan pilihan raya negeri telah berlangsung 2016.

Parlimen dibubarkan pada 7 April bagi memberi laluan kepada PRU14.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari ini hari penamaan calon, pengundian awal pada 5 Mei dan pengundian 9 Mei.

Mengikut daftar pemilih suku tahun keempat 2017 yang diwartakan pada 10 April, jumlah pengundi adalah 14,940, 624, dengan jumlah pengundi lelaki 7,383,437 (49.42 peratus) dan pengundi perempuan 7, 557, 187 (50.58 peratus).

Ramai calon sudah tiba di pusat-pusat penamaan calon sejak awal lagi diiringi oleh para penyokong masing-masing dan ada yang masih berarak dalam perjalanan ke pusat-pusat tersebut.

Perkarangan pusat-pusat penamaan calon diwarnai warna-warna parti seperti biru pekat, biru muda dan hijau. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *