Home » Langit Terbuka » DAP tiada agenda martabatkan Islam

DAP tiada agenda martabatkan Islam

 ISMAIL MINA AHMAD

Gabungan pembangkang PKR bawa risiko besar

KUALA LUMPUR 29 April – Penggunaan logo PKR secara bersama oleh DAP menandakan agenda yang mengabaikan kedudukan Islam turut berada dalam gabungan pembangkang PKR.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Ismail Mina Ahmad berkata, masyarakat perlu meneliti agenda sebenar penggunaan logo PKR dan seterusnya menilai ‘track-record’ parti-parti dalam gabungan berkenaan bagi memperkasakan Islam di negara ini.

Berikutan DAP masih berkeras dengan konsep Malaysian Malaysia yang menawarkan kesamarataan mutlak antara agama dan kaum, gabungan pembangkang itu tidak mempunyai agenda khusus untuk memastikan kepentingan Islam terpelihara.

Dengan pelbagai kontroversi dicetuskan pemimpin-pemimpin DAP melibatkan sensitiviti masyarakat Islam selama ini, rakyat tidak wajar terpedaya taktik kebersamaan menggunakan lambang mata PKR.

“Tidak wajar orang Melayu memilih parti yang meletakkan agenda Islam di kedudukan tidak jelas dan kabur selain enggan menerima (kedudukan) agama Islam sebagai Agama Persekutuan,” katanya ketika dihubungi Utusan Ma-laysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penggunaan logo PKR oleh DAP dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sebagaimana disaksikan dalam proses penamaan calon di seluruh negara semalam.

Dalam pada itu, Ismail turut mengutarakan kebimbangan penularan fahaman liberalisme berlaku secara berleluasa kerana perkara berkenaan tidak diberi perhatian oleh gabungan pembangkang PKR.

“Buktinya, percambahan pemikiran liberal melalui buku Keadilan sebagai Kesaksamaan oleh John Rawls yang terkenal sebagai pemikir politik liberal menerima sokongan kerajaan PKR Selangor,” katanya.

Jelas Ismail Mina, penerbitan buku tersebut secara tidak langsung menunjukkan kepemimpinan PKR menyokong agenda meliberalkan negara yang juga merupakan ciri-ciri Malaysian Malaysia yang diperjuangkan DAP. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

RUU Mufti bukan sesuatu yang baru dan radikal

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 bukanlah akta atau undang-undang baharu dan radikal. Mantan Ketua Hakim Negara Tun Abdul

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *