Home » Langit Terbuka » Puji Terengganu bantu golongan mak nyah

Puji Terengganu bantu golongan mak nyah

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad

SHAH ALAM 23 Jan. – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad memuji pendekatan kerajaan Terengganu bagi membantu golongan mak nyah yang mahu mengubah hidup mereka ke arah lebih positif dengan mengikuti pelbagai bidang kemahiran untuk mendapatkan punca pendapatan tetap.

Katanya, usaha tersebut dilihat sebagai satu pendekatan lebih harmoni dan tidak melihat ia satu bentuk mengiyakan atau bersetuju dengan tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

“Diharapkan dengan pendekatan tersebut mereka (mak nyah) akan yakin dan mengikut cara hidup Islam. Usaha kerajaan Terengganu ini adalah salah satu juzuk dari bentuk pendekatan dan mungkin ada pendekatan-pendekatan lain dari sahabat-sahabat saya.,” katanya selepas sesi FB Live bersama Sinar Harian, hari ini.

Sebelum ini, Exco Komunikasi dan Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, langkah membantu golongan mak nyah tersebut diharapkan dapat membantu golongan tersebut daripada terjerumus kembali dalam kegiatan tidak bermoral.

Ditanya mengenai pendekatan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan terhadap golongan tersebut, Zulkifli berkata, pihaknya menggunakan pendekatan dakwah dan perbincangan serta cuba mendekatkan diri dengan mereka.

“Sahabat-sabat kita ini akan berkunjung ke pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam masa terdekat dan akan berbincang dengan lebih telus untuk kita zahirkan Islam yang sebenar kepada mereka.

“Pertemuan kita dengan mereka sebelum ini lebih kepada taaruf dan menekankan dua isu utama iaitu solat serta mencari ilmu. Kalau ia difahami dengan lebih baik, dilaksanakan dengan baik ia akan selesaikan lebih bayak perkara,” katanya. – SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *