Home » Langit Terbuka » Pusat Zakat Sabah tambah bantuan bulanan

Pusat Zakat Sabah tambah bantuan bulanan

Bantuan Khas Tambahan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM960,000 kepada golongan asnaf oleh Pusat Zakat Sabah. - Foto PZS

KOTA KINABALU – Pusat Zakat Sabah bersetuju untuk memberi bantuan khas tambahan sebanyak RM100 kepada penerima bantuan bulanan bagi meringankan beban dalam menghadapi pandemik koronavirus (Covid-19) di negeri ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, bantuan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM960,000 kepada golongan asnaf oleh Pusat Zakat Sabah.

“Kepada golongan asnaf memang ada program dibuat oleh Pusat Zakat Sabah dan untuk sepanjang Covid-19 ini, Pusat Zakat Sabah bersetuju untuk menambah bantuan bulanan yang diberikan sebanyak RM100,” katanya kepada media selepas membuat lawatan Masjid Al-Falah di Kepayan pada 24 Oktober.

Mengulas lanjut berhubung usaha untuk membantu kerajaan menangani Covid-19 di Sabah, Mohd Ariffin berkata, sebanyak RM1.3 juta juga diberikan kepada pihak hospital yang memerlukan bantuan segera.

“Kita juga memberikan bantuan ‘one-off’ sebanyak RM500 kepada pekerja yang menyelenggara jenazah (fardu kifayah),” katanya.

Mohd Ariffin berkata, perkara itu sudah diputuskan dalam perbincangan baru-baru ini dan akan dimaklumkan kepada semua penerima bantuan di negeri ini. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *