Home » Langit Terbuka » PVATTBM rayu perkenal semula kouta haji veteran tentera

PVATTBM rayu perkenal semula kouta haji veteran tentera

PVATTBM berharap Kementerian Pertahanan dapat memberi perhatian terhadap permintaan mereka berhubung kuota haji dan bantuan membaiki kediaman. - Foto NSTP

PADANG BESAR – Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) meminta agar kerajaan memperkenalkan semula kouta haji kepada veteran tentera.

Presiden PVATTBM, Datuk Ismail Abidin berkata, veteran tentera pernah diberi kuota 400 tempat setahun untuk menunaikan fardu haji sementara veteran tentera yang daif dibantu untuk membina atau membaiki rumah.

“Sebelum ini selama dua tahun kemudahan itu dihentikan sedangkan ramai veteran tentera yang semakin tua tidak dapat menunaikan fardu haji walaupun wang mereka sudah mencukupi untuk ke Tanah Suci,dan ramai tinggal di rumah yang daif,” katanya kepada Bernama di sini pada 11 Mac.

Beliau berharap Kementerian Pertahanan dapat memberi perhatian terhadap permintaan mereka.

Ismail juga berharap agar dapat dikaji semula Akta Angkatan Tentera 1972 yang melibatkan pemberhentian kerja seseorang anggota tentera kerana masalah disiplin, tidak mendapat sebarang kemudahan walaupun semasa dalam perkhidmatan mereka banyak mencurah khidmat bakti kepada negara.- Bernama

Artikel Berkaitan

Usaha Memperkasa Institusi Pondok

PUTRAJAYA – Satu Lagi usaha memperkasa institusi pondok di negara ini berlangsung pada 14 April apabila Mesyuarat Syura Nasional Pondok MADANI telah

Bagaikan Aur Dengan Tebing

SETIAP manusia yang bergaul dengan satu golongan mestilah ada caranya tertentu dan ada berbagai-bagai bentuk. Ini termasuklah daripada segi hubungan persahabatan, hubungan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *