Home » Citra Yadim » Raikan kepelbagaian di Padang Terap

Raikan kepelbagaian di Padang Terap

PADANG TERAP – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 16 September lalu telah mengadakan program Program Santuni Asnaf Mukim Padang Terap Kiri di sini.

Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Penghulu Mukim Padang Terap Kiri, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia Kuala Nerang, Pejabat Perpaduan Kuala Nerang dan Pejabat Kesihatan Padang Terap.

Ianya dirasmikan oleh Penghulu Mukim Padang Terap Kiri, Hidayat Hamid. Dianggarkan hampir 150 orang peserta menghadiri program yang bermula jam 8 pagi ini. Mewakili YADIM ialah Mohd Irfan Shaffik Mohd Idris dari Pejabat YADIM Kedah.

Pengisian program lebih kepada berbentuk santai, sesuai bagi menarik minat masyarakat pelbagai kaum di sini untuk menghadirinya. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah pertandingan masakan seperti, menumbuk garam belacan dan pertandingan teh tarik .

Bagi mencapai objektifnya untuk turut meraikan golongan yang memerlukan, sesi penyampaian sumbangan kepada asnaf telah diadakan.

Seramai 15 orang asnaf telah menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Hidayat.

Daripada jumlah tersebut, tiga penerima adalah dari komuniti Siam di sini. Sumbangan tanpa mengira latar belakang agama dan keturunan ini selaras dengan konsep rahmah dan gagasan Rahmatan Lil Alamin yang membawa pendirian Islam membawa rahmat ke sekalian alam.

Turut diadakan ialah slot tazkirah santai oleh penceramah bebas, Ustaz Mohamad Sofi Mohd Akhir, selain acara cabutan bertuah.

Ini merupakan kali kelima program seumpaman ini diadakan YADIM Kedah. Program yang sama sebelum ini telah diadakan di Pantai Merdeka, Baling, Kulim dan Pendang.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *