Home » Langit Terbuka » Raja Salman gesa masyarakat antarabangsa lindungi Palestin

Raja Salman gesa masyarakat antarabangsa lindungi Palestin

sumber

ARAB SAUDI, Jumaat – Kerajaan Arab Saudi menggesa masyarakat antarabangsa untuk bertindak segera memberi perlindungan kepada rakyat Palestin yang saban hari ditindas akibat kekejaman dan keganasan Zionis Israel.

Raja Salman Abdul Aziz memutuskan untuk mengecam tindakan pihak berkuasa penjajah Zionis dan peneroka Yahudi yang terus melakukan kejahatan mereka terhadap penduduk Palestin termasuk tempat-tempat suci Islam.

Keputusan itu dimaklumkan selepas Raja Salman mengetuai sidang mingguan di Istana Yamamah Kota Riyadh, semalam.

Sabtu lalu, Menteri Luar Negeri Amerika Syarikat John Kerry telah membuat pertemuan dengan Raja Salman bagi membahaskan isu masalah Palestin.

Ini berikutan sehingga hari ini, sekurang-kurangnya 74 penduduk Palestin terkorban dan lebih dari 2000 cedera parah ditembak pasukan penjajah Zionis sejak Intifada al Quds awal Oktober 2015. – Agensi

Sumber daripada www.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *