Home » Langit Terbuka » Rancang ‘rampas’ Tembok Barat pula

Rancang ‘rampas’ Tembok Barat pula

WASHINGTON 17 Dis. – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi isyarat Tembok Barat atau Tembok al-Buraq di Baitulmaqdis akan menjadi sebahagian daripada Israel.

Pengumuman itu dibuat dua pegawai kanan Rumah Putih, kelmarin di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat.

Kedua-dua pegawai yang enggan identiti mereka didedahkan turut menolak sebarang senario yang tidak mengekalkan kawalan Israel ke atas kawasan itu yang juga dikenali sebagai Tembok Ratapan.

“Seperti yang dikatakan presiden, sempadan khusus kedaulatan Israel akan menjadi sebahagian daripada perjanjian status akhir. Kami tidak boleh membayangkan Israel akan menandatangani perjanjian damai tanpa Tembok Barat,” kata salah seorang daripada mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, tentera rejim Zionis menembak mati empat penduduk Palestin manakala lebih 150 lagi cedera terkena tembakan peluru hidup ketika protes berterusan di wilayah Gaza dan Tebing Barat. – Agensi, SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *