Home » Langit Terbuka » Rating Trump semakin merosot

Rating Trump semakin merosot

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.  Foto : https://www.outsidethebeltway.com/

WASHINGTON 10 Jan. – Sokongan terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semakin merosot apabila rating penerimaan terhadap jutawan dari New York itu jatuh kepada 37 peratus, menurut tinjauan yang disiarkan semalam.

Tinjauan dilakukan Gallup itu dibuat ketika Trump dipalit kontroversi susulan penerbitan buku Fire and Fury: Inside the Trump White House.

Buku tulisan Michael Wolff yang mula dipasarkan minggu lalu itu memaparkan Trump sebagai tidak stabil dari segi mental.

Trump bagaimanapun menyelar buku berkenaan dan menganggap ia penuh dengan pembohongan.

Sementara itu, menurut laporan Washington Post yang disiarkan pertengahan Julai lalu, rating penerimaan Trump selama enam bulan berturut-turut adalah yang terendah dibandingkan dengan presiden AS yang lain dalam tempoh 70 tahun. – Press TV

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *