Home » Langit Terbuka » Ratusan peserta tunjuk perasaan bantah Trump di Paris

Ratusan peserta tunjuk perasaan bantah Trump di Paris

PARIS 18 Dis. –  Ratusan penunjuk perasaan dilaporkan turun padang melakukan demonstrasi bantahan secara aman di ibu kota Perancis, Paris, semalam.

Memetik laporan antarabangsa, ia bagi menunjukkan bantahan kepada pengumuman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk memindahkan kedutaan negara itu daripada Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Pengisytiharan tersebut disifatkan bertentangan dengan resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel juga dilihat sebagai satu cubaan menafikan kewujudan dan hak asasi rakyat Palestin.

Perhimpunan itu pada mulanya dirancang diadakan di kedutaan Amerika Syarikat di Paris namun pihak polis memberikan mereka lokasi pilihan lain.

Namun pihak penganjur berkeras dan akhirnya perhimpunan itu berlangsung sekitar di Place De Chatelet di pusat bandar Paris. –SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *