Home » Langit Terbuka » Rebut peluang sempena Ramadan – Wan Azizah

Rebut peluang sempena Ramadan – Wan Azizah

Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail

KUALA LUMPUR 16 Mei – Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyeru umat Islam di negara ini merebut peluang bersempena Ramadan untuk berlumba-lumba membuat kebaikan.

Timbalan Perdana Menteri juga menasihatkan supaya amal ibadah dilaksanakan dengan penuh istiqamah sepanjang bulan ini supaya dapat menyucikan jiwa sekali gus mendapat keampunan serta pembebasan daripada api neraka.

Beliau juga mendoakan supaya di akhir Ramadan nanti, umat Islam di negara ini menjadi insan yang lebih beriman dan bertaqwa.

“Insan yang mengajukan kepada kebaikan dan menegakkan keadilan supaya negara ini dan rakyatnya lebih makmur serta sejahtera.

“Saya ucapkan selamat menyambut Ramadan Kareem kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan di serata dunia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *