Home » Citra Yadim » RESOLUSI SIDANG MEJA BULAT: PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN
a

RESOLUSI SIDANG MEJA BULAT: PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN

25 FEBRUARI 2020 HOTEL PUTRA, KUALA LUMPUR

Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Yayasan Dakwan Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan satu “Persidangan Meja Bulat: Perpaduan Dalam Kepelbagaian” pada 25 Februari bagi mendapatkan maklum balas dan berkongsi pendapat dalam mencari satu titik persamaan dalam kepelbagaian di negara ini yang melibatkan 51 peserta pelbagai agama dan bangsa agar ia menjadi wadah utama dalam membentuk perpaduan dari kepelbagaian yang ada.

Persidangan yang dihadiri oleh 26 pertubuhan yang terdiri daripada badan gabungan MBM yang mewakili bangsa India, Cina dan Melayu, NGO Agama, Jabatan Perpaduan Negara dan Institusi Pendidikan.

Hasil daripada persidangan ini telah berjaya membentuk sepuluh resolusi, iaitu:

1. Meneruskan usaha mencadangkan semula Akta Keharmonian Kaum di bawa ke Dewan Rakyat.

2. YADIM dicadangkan menyediakan modul keharmonian dengan naratif baru yang lebih segar serta menyediakan pasukan menggerakkan dakwah di Malaysia.

3. Menggesa ahli-ahli politik untuk tidak mempergunakan isu perpaduan dan keharmonian kaum dan agama demi kepentingan politik.

4. Mencadangkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meneruskan program 3S (Sabah, Sarawak dan
Semenanjung).

5. Kembalikan fahaman agama masing-masing kepada belia-belia.

6. Mewujudkan pasukan muhibah di setiap negeri atau zon melibatkan semua kaum, bangsa dan agama.

7. Sidang ini mencadang diadakan bengkel sebagai penerus kepada program hari ini.

8. YADIM dan MBM dicadangkan membawa Persidangan Meja Bulat ini ke Sabah dan Sarawak.

9. MBM akan memperkasakan perpaduan belia melalui pengenalan Duta Belia.

10. Mempelbagaikan program dan aktiviti santai kepada generasi muda.

 

Artikel Berkaitan

Kerjasama strategik YADIM – YPM

PERBINCANGAN Bagi menjalin kerjasama antara YADIM dan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) telah diadakan pada 26 Mei 2023 di Menara MARA, Kuala Lumpur.

Kunjung hormat YADIM ke BSN

KUNJUNG HORMAT YADIM ke Bank Simpanan Nasional (BSN) telah diadakan pada 25 Mei 2023 di Wisma BSN, Kuala Lumpur bagi membincangkan kerjasama

Inisiatif dakwah Takwim Hijrah

TIDAK Banyak pihak yang mengkaji tentang kepentingan takwim Islam di negara ini, apatah lagi berdakwah menggunakannya. Itu antara cadangan kerjasama daripada i

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *