Home » Citra Yadim » RK2Y YADIM

RK2Y YADIM

PUTRAJAYA – Bagi memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran pejabat supaya terus Kondusif, Mesra dan Alami, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah melaksanakan Garis Panduan Ruang Kerja Kondusif (RK2Y) mulai 1 Disember 2019.

Menerusi Arahan Pentadbiran Bil 7 Tahun 2019, Garis Panduan Pengurusan Ruang Kerja Kondusif (RK2Y) ini melibatkan semua Pegawai dan Kakitangan dari peringkat Pegurusan Tertinggi sehingga ke peringkat Kumpulan Pelaksana bagi memastikan kejayaan perlaksanaannya.

Tiga teras utama bagi program ini adalah Kondusif iaitu Selesa dan Selamat, Mesra iaitu Efektif dan Efisien serta Alami iaitu Clean and Green dan 3R (Reduce Reuse Recycle).

Setelah menjalani proses penilaian, satu acara ringkas penyampaian hadiah telah diadakan pada 22 Disember yang disempurnakan oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan.

Tempat pertama yang mempunyai pematuhan tertinggi RK2Y dimiliki oleh Pejabat Yang Dipertua YADIM dengan markah 73.7 peratus.

Tempat kedua disandang oleh Sektor Kewangan dengan markah 70.9 peratus sementara tempat ketiga jatuh kepada Sektor Pengurusan yang memungut 70.7 peratus.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *