Home » Langit Terbuka » Rokok elektronik punca kerosakan DNA

Rokok elektronik punca kerosakan DNA

Rokok elektronik menyebarkan kesan bahaya nikotin terhadap pengguna menerusi bahan kimia aerosol tanpa perlu membakar tembakau.

Dorong pembentukan kanser

NEW YORK 30 Jan. – Menghisap rokok elektronik atau vape boleh menyebabkan kerosakan pada asid deoksiribonukleik (DNA), sekali gus mendorong kepada pembentukan kanser dalam badan.

Mail Online melaporkan, Universiti New York menjalankan kajian terhadap sel-sel pundi kencing dan paru-paru yang didedahkan dengan asap vape.

Para pengkaji mendapati sel pada kedua-dua organ berkenaan rosak dan risiko menghidap kanser adalah le颅bih tinggi berbanding jangkaan mereka.

Penggunaan tikus dalam kajian itu menunjukkan haiwan tersebut turut mengalami kerosakan DNA yang signifikan selepas didedahkan dengan asap vape.

Kajian itu secara tidak langsung menolak tanggapan ma颅syarakat bahawa menghisap vape adalah lebih selamat berbanding rokok konvensional.

Rokok elektronik menyebarkan kesan bahaya nikotin terhadap pengguna menerusi bahan kimia aerosol tanpa perlu membakar tembakau.

Biarpun tembakau mempunyai nitrosamine dan banyak bahan kimia carcinogenic akibat proses pembakaran, rokok elektronik juga mempunyai nikotin dan beberapa bahan pelarut organik.

Kajian terdahulu juga mendapati perokok elektronik mem颅punyai kekurangan karsi颅nogen paru-paru dalam cecair tubuh mereka sehingga 97 peratus berbanding mereka yang menghisap rokok tembakau.

Namun, keadaan itu tidak memberi jaminan bahawa menghisap rokok elektronik adalah lebih sihat dan mampu mengelak daripada risiko kanser.

Sementara itu, kajian tersebut turut menegaskan perokok elektronik mempunyai risiko lebih tinggi berbanding bukan perokok untuk menghidap kanser pundi kencing dan paru-paru serta terkena serangan jantung. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *