Home » Langit Terbuka » Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

JAKIM dalam kenyataan, berkata semakan melalui Portal Halal Malaysia mendapati produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara tidak memiliki SPHM yang sah.

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

JAKIM dalam kenyataan, berkata semakan melalui Portal Halal Malaysia mendapati produk itu tidak memiliki SPHM yang sah.

“Kita mengambil perhatian serius terhadap pertanyaan yang diterima mengenai produk berkenaan yang tular ketika ini.

“Perkara ini melanggar Akta Perihal Dagangan 2011 di bawah perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011,” katanya.

Dalam hal itu, katanya, JAKIM sudah berhubung dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri untuk mengambil tindakan penguatkuasaan segera.

“Sekiranya didapati berlaku penyalahgunaan logo atau sijil halal pada produk, pihak syarikat boleh dikenakan tindakan di bawah akta terbabit,” katanya.

Menurutnya, akta berkenaan menetapkan semua makanan dan barang-barang tidak boleh diperihalkan sebagai halal dengan cara lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam.

“Melainkan ia diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa berwibawa dan ditandakan dengan logo sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah terbabit,” katanya.

Terdahulu, Pusat Kajian Ajaran Sesat Malaysia (PUKAS) di media sosial mempersoal kesahihan logo halal JAKIM pada produk roti berkenaan.

Artikel Berkaitan

‘Tahniah Dr Sirajuddin’ – Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *