Home » Citra Yadim » RSY Perak Santuni Anak-Anak Yatim

RSY Perak Santuni Anak-Anak Yatim

IPOH – Anak – anak yatim Yayasan Annur Maisarah, Chemor di sini telah dikunjungi oleh Rakan Siswa YADIM (RSY) Perak dalam program Konvoi Kongsi Rezeki pada 11 September lalu.

Program yang disertai oleh 13 orang pimpinan RSY Perak serta 39 orang ahli RSY Politeknik Ungku Omar itu turut melibatkan 12 orang ahli Kelab Belia Al-Fateh, Meru.

Antara aktiviti utama program selain konvoi ialah slot MyFaci RSY yang banyak memberikan ilmu yang berguna kepada 35 orang warga Yayasan Annur Maisarah.

Sedikit sumbangan juga telah disalurkan kepada pihak yayasan bagi membantu pengurusan penghuni di sana.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Penyelaras YADIM Perak, Mohd Zahid Abu Bakar. Turut hadir sepanjang program ini berlangsung ialah Ustaz Faiz Safwan, Penolong Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM.

 

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *