Home » Langit Terbuka » Ruang solat Jumaat di rooftop KLIA beroperasi Mei

Ruang solat Jumaat di rooftop KLIA beroperasi Mei

Menurut Malaysia Airports, inisiatif mewujudkan ruang solat di ‘rooftop’ KLIA itu merupakan salah satu usaha pihaknya memudahkan umat Islam khususnya kakitangan lapangan terbang yang menghadapi kekangan masa, menunaikan solat Jumaat di bangunan terminal. - Foto Star2

SEPANG – Malaysia Airports memaklumkan ruang solat di rooftop Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka akan beroperasi pada akhir Mei ini.

Jelas Malaysia Airports, inisiatif mewujudkan ruang solat di ‘rooftop’ KLIA itu merupakan salah satu usaha Malaysia Airports memudahkan umat Islam khususnya kakitangan lapangan terbang yang menghadapi kekangan masa, menunaikan solat Jumaat di bangunan terminal.

Ia juga akan dibuka untuk kegunaan orang ramai.

“Kami menjangkakan yang ruang solat ini boleh beroperasi sepenuhnya pada akhir bulan Mei setelah mendapat kelulusan daripada pihak Pejabat Agama Islam Daerah Sepang.

“Bagaimanapun, Malaysia Airports akan membuat pengumuman segera sekiranya kami mendapat kelulusan lebih awal daripada yang dijangkakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Malaysia Airports, sejak Disember lalu, pihaknya telah menyediakan empat buah bas percuma iaitu dua di KLIA dan dua lagi di KLIA22 bagi kegunaan pengguna di terminal yang ingin menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA.

Perkhidmatan bas ini bermula jam 12.30 tengahari sehingga 1 tengahari dan akan memulakan perjalanan sebaik penuh bergantung kepada waktu solat semasa.

Dalam kenyataannya, Malaysia Airports menafikan ruang solat di rooftop KLIA telah sedia digunakan untuk menunaikan solat Jumaat bermula 5 April ini, seperti yang tular di media sosial. – Malaysia Gazette

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *