Home » Langit Terbuka » Rumah Terbuka Aidilfitri PM, Jemaah Menteri 1 Syawal

Rumah Terbuka Aidilfitri PM, Jemaah Menteri 1 Syawal

Kompleks Seri Perdana

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama anggota jemaah menteri akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Kompleks Seri Perdana di sini,  pada hari raya pertama.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan hari ini berkata majlis akan bermula pada 10 pagi hingga 4.30 petang.

“Dianggarkan lebih 50,000 pengunjung akan hadir ke majlis ini,” kata kenyataan itu.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut dengan memakai pakaian yang bersesuaian.

Bagi kemudahan orang ramai untuk menghadiri majlis tersebut, perkhidmatan bas percuma akan disediakan oleh Bas Putrajaya dari tiga lokasi iaitu di Putrajaya Sentral, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra ke Seri Perdana, kata JPM.

“Orang ramai boleh meninggalkan kenderaan masing-masing di tiga lokasi tersebut untuk menaiki bas yang disediakan dan dinasihatkan agar menggunakan hentian bas yang sama untuk pergi dan balik,” katanya.

Ini merupakan majlis rumah terbuka Aidilfitri pertama Pakatan Harapan (Harapan) yang dipimpin Dr Mahathir setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). – BERNAMA

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *