Home » Langit Terbuka » Russia bekal Turki peluru berpandu S-400

Russia bekal Turki peluru berpandu S-400

ANKARA 30 Dis – Turki dan Russia menandatangani perjanjian pembekalan peluru berpandu permukaan ke udara S-400, lapor CNN Turk dan media lain.

Perjanjian S-400 itu, dilaporkan bernilai kira-kira AS$2.5 bilion (RM10.15 bilion) mencetuskan kebimbangan di Barat kerana Turki adalah anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan sistem itu tidak boleh disepadukan dalam persekitaran NATO.

Ia adalah tindakan terbaharu Ankara meningkatkan keupayaan pertahanan ketika berdepan ancaman militan Kurdis dan Daesh serta konflik di sempadan Syria dan Iraq.

Tiada butiran perjanjian diperoleh dan pihak berkuasa enggan mengulas.

Namun ketua konglomerat Russia, Rostec, Sergei Chemezov, memberitahu akhbar harian Kommersant kelmarin, Russia akan membekalkan Turki dengan empat unit S-400 mengikut perjanjian itu.

Beliau berkata, Moscow menjangka memulakan penghantaran pertama Mac 2020 dan Turki adalah negara anggota NATO pertama memperoleh sistem peluru berpandu canggih S-400.

Terdahulu, akhbar Turki memetik Presiden Recep Tayyip Erdogan sebagai berkata, negara itu akan membuat pinjaman menggunakan mata wang Russia dalam urus niaga itu. – Reuters, BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *