Home » Langit Terbuka » Sambut Ramadan secara sederhana

Sambut Ramadan secara sederhana

MASYARAKAT Orang Asli melakukan solat tarawih berjemaah di Masjid Al-Hidayah Pos Hendrop, Gua Musang, Kelantan. Foto UTUSAN MALAYSIA

Orang Asli Pos Hendrop amalkan cara hidup Islam

GUA MUSANG 24 Mei – Lebih 200 penduduk Orang Asli beragama Islam di Pos Hendrop di sini menyambut Ramadan secara sederhana.

Pos Hendrop merupakan sebuah perkampungan Orang Asli yang 80 peratus penduduknya mengamalkan cara hidup Islam termasuklah solat dan berpuasa.

Imam Masjid Al-Hidayah Pos Hendrop, Aris Rami berkata, setiap tahun masyarakat itu semakin menunjukkan minat dengan Islam apabila banyak menyertai program anjuran di masjid berkenaan.

Katanya, kesedaran me­ngenai Islam dalam kalangan penduduk Orang Asli semakin meningkat de­ngan bantuan agensi agama Islam di negeri ini.

“Ketika bulan Ramadan, solat tarawih mendapat sambutan dan kita juga menyediakan majlis berbuka puasa setiap hari di masjid ini.

“Pada setiap Jumaat pu­la, kita menetapkan sebagai hari cuti apabila penduduk tidak ma­suk hutan dan bekerja tetapi hanya menumpukan program ibadah sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Seorang penduduk, Asru Itam, 39, pula berkata, bulan Ramadan mengajar ma­sya­rakat Orang Asli erti kesabaran dengan menahan lapar dan dahaga.

Katanya, setelah memeluk Islam, mereka cuba ber­ubah dan meninggalkan amalan sebelum ini yang agak bebas.

“Kami memeluk Islam sejak tahun 1997 dan ketika ini kami masih lagi mendalami agama Islam. Kebanyakan orang dewasa di kampung ini sudah berpuasa penuh, manakala anak-anak kecil masih lagi belajar berpuasa. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *