Home » Citra Yadim » Sambutan Malam Cinta Rasul warga Laloh

Sambutan Malam Cinta Rasul warga Laloh

KUALA KRAI – Sempena dengan Bulan Dakwah 3.0 dan sambutan Maulidur Rasul, YADIM Kelantan pada 7 Oktober  mengadakan program Malam Cinta Rasul peringkat Jajahan Kuala Krai di Padang Awam Laloh.

Pengisian program ini adalah persembahan nasyid daripada Kumpulan Maahad Rahmadiah dari Kuala Krai, Forum Perdana, cabutan bertuah dan berakhir dengan alunan selawat beramai -ramai.

Walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai, hampir 200 penduduk setempat yang menghadirinya sejak jam 9 malam setia tidak berganjak.

Slot Forum Perdana bertajuk “Kasih Rasulullah SAW kepada Umatnya” menampilkan Ustaz Osman Mat Zain Ustaz Tuan Anuwa Tuan Mat sebagai ahli panel, manakala moderatornya adalah Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Kuala Krai, Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai, Kesedar Holding, Majlis Daerah Dabong, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Laloh, Pejabat Perpaduan Daerah Kuala Krai, Sahabat AIM Kuala Krai, Komuniti Keluarga Malaysia Kampung Laloh, Balai Polis Laloh, Masjid Mukim Laloh, Madrasah An Nur Laloh dan Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Krai.

Antara yang hadir ke majlis ini ialah ADUN Manek Urai, Yang Berhormat Haji Mohd Fauzi Abdullah, Pengerusi Kesedar Holding Datuk Haji Mohd Zulkepli Omar, Pengerusi KRT Kampung Laloh Dato’ Salema Sapie dan Ketua SAY Kuala Krai, Tuan Haji Mohd Fauzi Husin.

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *