Home » Citra Yadim » Sampai juga ke sini bantu kami…

Sampai juga ke sini bantu kami…

JOHOR BAHRU – “Saya ingat tiada siapa mahu datang bantu kami ketika PKP, tetapi YADIM datang juga sampaikan bantuan.

“Berbanyak terima kasih kami ucapkan, saya tak pandai nak cakap panjang panjang, tapi terima kasih banyak atas bantuan ini,”kata Pengasas Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Haji Md Sharipin Shahlan ketika menerima kunjungan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 12 Februari.

Dalam kunjungan tersebut,YADIM menyampaikan 60 pek beras 10 kilogram, 70 beg lampin pakai buang,bantal, telekung, minuman tiga dalam satu serta barangan penjagaan kebersihan untuk kegunaan penghuni pusat berkenaan.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh diiringi Pengarah YADIM Johor Muhamad Ammar Abdullah.

Dalam pada itu Md Sharipin berkata, bantuan itu sampai tepat pada masanya ketika pihaknya memerlukan sumbangan untuk menampung perbelanjaan.

Sementara itu Tuan Kamarul berkata, kedatangan YADIM bertujuan menyantuni warga emas di pusat berkenaan selain menyampaikan sumbangan untuk operasi pusat tersebut.

Jelasnya, sumbangan yang disampaikan YADIM itu datang daripada masyarakat, dan menjadi tanggungjawab pihaknya untuk mengembalikannya kepada orang ramai untuk manfaat semua.

Menurutnya, sebanyak RM30,000 diperuntukkan untuk tujuan itu bagi program selama dua hari di Johor.

Selain di Nur Ehsan, YADIM juga katanya akan menyampaikan sumbangan kepada Rumah Saudara Kita sekitar Johor Bahru yang meraikan Sambutan Tahun Baru Cina dan Persatuan Orang orang Cacat Penglihatan (PERTIS) Johor.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *