Home » Citra Yadim » Santuni komuniti Cina di Tanah Merah dan Jeli sempena Tahun Baru Cina

Santuni komuniti Cina di Tanah Merah dan Jeli sempena Tahun Baru Cina

JELI –  Inisiatif menyantuni komuniti Cina sempena Tahun Baru Cina diteruskan oleh YADIM Kelantan di jajahan Tanah Merah dan Jeli pada 26 Januari.

Program bermula dengan sumbangan kepada 20 peniaga Cina di Pasar Besar Tanah Merah.

Seterusnya rombongan bergerak ke Jajahan Jeli untuk menyantuni 14 keluarga Cina di Kampung Batu Gajah, Kampung Bendang  Kuala dan Kampung Bukit Bunga.

Selain pek buah limau, mereka yang disantuni juga menerima risalah berkenaan Islam dalam bahasa Cina.

Program ini turut dihadiri oleh Setiausaha SAY Tanah Merah, Ustaz Hanif Fitri Muhd Sawadi, Setiausaha SAY Jeli Ustaz Zulkarnain Mohd Noh  dan Pegawai Seranta Dewan Undangan Negeri Bukit Bunga, Haji Ramzi Mohd Yusoff.

YADIM Kelantan diwakili oleh Penolong Pengarahnya, Aidi Kussuma Mamat.

Sesuai dengan gerak kerja menyantuni semua tanpa mengira latar belakang, sebelum ini, YADIM Kelantan juga telah menyantuni komuniti Cina di Gua Musang, Kuala Krai, Kota Bharu, Machang, Bachok dan Pasir Puteh.

Artikel Berkaitan

Usaha Memperkasa Institusi Pondok

PUTRAJAYA – Satu Lagi usaha memperkasa institusi pondok di negara ini berlangsung pada 14 April apabila Mesyuarat Syura Nasional Pondok MADANI telah

Bagaikan Aur Dengan Tebing

SETIAP manusia yang bergaul dengan satu golongan mestilah ada caranya tertentu dan ada berbagai-bagai bentuk. Ini termasuklah daripada segi hubungan persahabatan, hubungan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *