Home » Citra Yadim » SAR Kuala Langat santuni keluarga mangsa kemalangan

SAR Kuala Langat santuni keluarga mangsa kemalangan

BANTING – Walaupun masih dalam suasana meraikan Syawal, pasukan Sukarelawan Al Rahmah Kuala Langat telah bergerak melaksanakan aktiviti mereka.

Bertempat di Kampung Kanchong Tengah di sini,SAR Kuala Langat pada 31 Mei telah menziarahi sebuah keluarga yang ditimpa musibah akibat kemalangan.

Muhammad Norezwa, ditimpa kemalangan ketika pulang dari tempat kerjanya di Kanchong Darat di sini pada Februari lalu.

Sejak kejadian, beliau terlantar di kediamannya di sini dan memerlukan penjagaan berterusan kerana tidak dapat lagi menguruskan dirinya.

Tambah merumitkan keadaan, dia  merupakan pencari nafkah tunggal untuk keluarganya.

Keadaan sukar menimpa keluarga tersebut, ditambah dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan menyebabkan isterinya, Nuraqilah Ruslan memohon bantuan bagi meringankan bebannya.

“Saya mohon bantuan antaranya susu dan lampin pakai buang untuk suami.

“Kami mempunyai dua anak termasuk seorang yang baru dilahirkan pada hujung April lalu,” katanya yang buntu dengan keadaan kewangan keluarganya.

Prihatin dengan nasib mereka,SAR menyumbangkan wang tunai, barangan keperluan dapur,serta lampin pakai buang untuk bayi dan suami Nuraqilah.

Mewakili SAR Kuala Langat ialah Pengerusinya, Hasmawi Mahidin,Setiausaha, Hanizah Sumiri dan ahli jawatankuasanya.

Selesai di Kanchong Tengah, SAR Kuala Langat kemudiannya meneruskan program ziarah kasih ini ke Jenjarom dengan menyantuni dua orang warga emas yang memerlukan.

Keduanya menerima sedikit wang tunai dan barangan keperluan dapur.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *