Home » Citra Yadim » SAR Miri santuni 60 keluarga

SAR Miri santuni 60 keluarga

Niah – Sebanyak 60 keluarga di sini disantuni oleh Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Miri menerusi program YADIM Peduli: Khidmat Bakti & Ziarah Rahmah.

Program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak ini, selain mendapat kerjasama Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM) dan SAR Miri, turut disertai oleh Persatuan Melayu Miri Sarawak.

Antara yang hadir termasuklah Pengarah YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat dan kakitangannya serta Pengarah Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM), Shahrizal Mat dan Penolong Pengarah, Muhammad Muzzammil Musbah.

Program di dua lokasi ini dimulakan di Kampung Penan Muslim Batu Telingai di sini pada 5 November. Selepas tiba dan beramah mesra dengan penduduk kampung, majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Saudara Kita Kampung Penan, Ustazah Nurul Huda Mohd Yusuf.

Awang Dulhadi kemudiannya secara ringkas merasmikan majlis berkenaan sebelum acara penyampaian sumbangan kepada 35 keluarga dilaksanakan oleh Shahrizal. Selesai majlis di surau kampung ini, kesemua yang hadir menunaikan solat fardhu Zohor berjemaah sebelum rombongan YADIM bergerak ke destinasi seterusnya.

Lokasi kedua program ialah di Rumah Panjang RH Jonathan Sekaloh di sini. Setelah wakil rumah panjang, Jonathan Tinggi anak Lasak @ Saiful Abdullah berucap, Shahrizal kemudiannya menyampaikan sumbangan kepada 25 keluarga.

Sumbangan berupa barangan keperluan harian turut disampaikan kepada keluarga bukan Muslim di sini bagi meraikan kepelbagaian masyarakat, sesuai dengan konsep rahmah diketengahkan kerajaan.

Terdahulu pada 4 November, satu taklimat penyelarasan SAR Miri telah diadakan kepada 15 orang ahli jawatankuasanya yang diketuai oleh Shidah Abdullah di sini, yang disampaikan oleh Shahrizal. Awang Dulhadi telah merasmikan majlis tersebut.

Antara yang dibincangkan dan disentuh termasuklah hala tuju, serta perancangan bagi meningkatkan aktiviti SAR Miri dengan masyarakat setempat.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *