Home » Langit Terbuka » Sarawak jadi tuan rumah Forum Perniagaan Muslim Global pada Oktober depan

Sarawak jadi tuan rumah Forum Perniagaan Muslim Global pada Oktober depan

Banadaraya Kuching, Sarawak dipilih untuk menjadi tuan rumah bertujuan untuk menggalakkan dialog dan wacana mengenai ekonomi Islam global. Foto Arkib

Kuching – Sarawak akan menjadi tuan rumah bagi Forum Perniagaan Muslim Global 2022 yang diadakan pada Oktober depan.

Forum yang bertemakan “The Rise of the Global Islamic Economy: Refocusing, Resetting and Recovering in the Post-Pandemic Era” akan berlangsung selama dua hari bermula 10 Oktober di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching (BCCK).

Persidangan itu bertujuan untuk menggalakkan dialog dan wacana mengenai ekonomi Islam global di samping menggalakkan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan antara kerajaan, perniagaan dan orang awam, kata jawatankuasa penganjur dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua-ketua negara, pemimpin dan tokoh perniagaan utama daripada pelbagai negara Islam terutamanya dari rantau Asia akan dijemput untuk menyampaikan ucap tama mereka.

Acara itu akan diadakan mengikut format hibrid yang akan menggabungkan acara bersemuka dengan komponen dalam talian yang mana para peserta akan dapat memilih untuk menyertai sama ada secara fizikal atau maya, manakala penceramah yang dapat membentangkan secara fizikal di venue, sesinya akan distrimkan secara langsung.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, yang juga selaku pengerusi penganjur forum tersebut berkata antara program utama acara itu adalah pelancaran Majlis Ketua-Ketua Perniagaan Muslim Global yang bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dalam kalangan perniagaan Islam terutamanya selepas pandemik COVID-19.

“Akan ada juga majlis anugerah bagi memberi penghargaan kepada kecemerlangan dalam perniagaan dan pencapaian seumur hidup semasa majlis makan malam gala dan sesi perangkaian dan padanan perniagaan.

“Forum itu juga akan mengketengahkan kekuatan Sarawak dalam tenaga boleh diperbaharui dan ekonomi baharu seperti sektor pengeluaran hidrogen dan petrokimia,” katanya.

Lebih daripada 1,500 peserta antarabangsa dan domestik akan terlibat dalam forum tersebut yang termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Sarawak bagi membentu kerjasama strategik dengan komuniti perniagaan antarabangsa, katanya. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *