Home » Langit Terbuka » Satu dunia bantah Donald Trump

Satu dunia bantah Donald Trump

Penduduk Islam, OKU, aktivis berkumpul tanda protes

WASHINGTON 22 Jan. – Hanya dua hari selepas rasmi menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS), pelantikan Donald Trump terus mendapat bantahan jutaan penunjuk perasaan dari seluruh dunia termasuk 1.35 juta wanita negara ini yang berarak di Los Angeles, New York, Chicago, Denver dan Boston.

Selain orang awam, bantahan yang merebak ke beberapa bandar lain di seluruh dunia dengan le­bih 600 perarakan itu turut disertai oleh golongan kurang upaya (OKU), penduduk Islam dan aktivis.

Beberapa selebriti Hollywood turut mengambil bahagian termasuk Madonna, Scarlett Johansson, America Ferrera, Ashley Judd, Gloria Steinem, Micheal Moore dan ramai lagi.

BBC News melaporkan, berban­ding semalam, jumlah peserta yang mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan hari ini meningkat terutamanya di bandar-bandar utama di negara ini.

Paling mengejutkan adalah kebanjiran golongan wanita di jalanan berikutan rasa tidak puas hati kumpulan aktivis terhadap kempen retorik dan tingkah laku Trump terhadap golongan tersebut.

Menurut penganjur, perarakan berkenaan disertai kira-kira 750,000 orang di Los Angeles, 400,000 berarak di New York dan di Chicago, manakala sebanyak 200,000 men­yertai perarakan sama di Denver dan Boston.

Ada antara peserta tunjuk pe­rasaan memilih untuk memakai topi dan pakaian berwarna merah jambu yang melambangkan kewanita­an sambil membawa sepanduk dan poster menentang pemilihan Trump sebagai Presiden.

Di Britain sahaja, kira-kira 80,000 hingga 100,000 peserta berhimpun dengan sebahagian besar daripada mereka berada di Belfast, Cardiff, Edinburgh, Leeds, Liverpool, Manchester dan Bristol.

Selain Britain, bandar lain di Eropah yang turut mengambil bahagian dalam perarakan bagi me­nyatakan bantahan itu termasuklah Barcelona, Rom, Amsterdam, Geneva, Budapest, Prague, Berlin dan Paris.

Tunjuk perasaan di Australia, New Zealand dan beberapa negara Asia lain pula dikatakan berlangsung kelmarin.

https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *