Home » Citra Yadim » SAY Kuala Langat terus membantu

SAY Kuala Langat terus membantu

BANTING – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat terus komited membantu golongan masyarakat yang memerlukan.

Terbaharu pada 1 Disember mereka menghulurkan sumbangan kepada dua orang pesakit kanser masing masing di Kampung Endah dan Kampung Sungai Lang di sini.

SAY Kuala Langat diwakili oleh ahli jawatankuasanya, Hanez Yusof dan Syuhadah Saharuddin turun menyantuni kedua-dua pesakit ini.

Siti Lena Mohd Mohdi berusia 51 tahun yang tinggal di Kampung Endah mengidap kanser paru-paru tahap 4 dan bergantung pada mesin bantuan pernafasan selain atas nasihat doctor, menggunakan morfin sebagai ubat penahan sakit.

Manakala Leyni Samiron berusia 37 tahun tinggal di Kampung Sungai Lang pula mengidap kanser payu dara tahap 4. Beliau juga terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

 

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *