Home » Citra Yadim » SAY Kuala Langat tubuh pasukan kompang Ezhar

SAY Kuala Langat tubuh pasukan kompang Ezhar

SIJANGKANG – Selain aktif dengan program berbentuk kebajikan, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat juga tidak mengabaikan bentuk bentuk lain khidmat masyarakat kepada komuniti di daerah berkenaan.

Terbaharu mereka menubuhkan Pasukan Kompang Ezhar dengan Penghuni Rumah Anak Anak Yatim Sijangkang (RAYAS) di sini sebagai ahli awal sebelum dikembangkan kemudian.

Encik Roslan Yaacob, salah seorang ahli jawatankuasa SAY Kuala Langat telah dipertanggungjawabkan sebagai jurulatih pasukan ini nanti. Beliau mempunyai pengalaman dan kemahiran luas dalam bermain seni kebudayaan ini.

Sebanyak 20 unit kompang diserahkan oleh Bendahari RAYAS, Haji Jailani Shmad dalam satu majlis ringkas pada 26 Julai.

Hadir sama dalam majlis ini ialah Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin yang juga akan terlibat dalam pasukan kompang Ezhar nanti.

Kumpulan ini nanti boleh dilibatkan dalam majlis majlis keraikan seperti perkahwinan dan lain lain lagi.

Kompang Ezhar mempunyai kaitan rapat dengan seni silat dari Pulau Bentan, Indonesia, yang berkembang ke Singapura sebelum Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor.

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *