Home » Citra Yadim » SAY Sabak Bernam sumbang kerusi roda untuk warga emas

SAY Sabak Bernam sumbang kerusi roda untuk warga emas

SEKINCHAN – Tidak lagi mampu berjalan dan terpaksa bergantung kepada ahli keluarganya cukup menyukarkan untuk Puan Napisah Abdul Rahman, 91, dari Sungai Nibong, di sini.

Saban hari memerlukan bantuan untuk menguruskan dirinnya… jika boleh sudah tentu beliau tidak mahu menyusahkan orang lain.

Prihatin dengan keadaan beliau, Sukarelawan YADIM (SAY) Sabak Bernam pada 4 Mac lalu menyampaikan sumbangan kerusi roda untuk membantu warga emas ini.

Sudah tentu tidak mampu menyelesaikan sepenuhnya keperluan Puan Napisah, namun diharap sedikit sebanyak membantu meringankan dan memudahkan urusannya.

Beliau dan keluarganya amat berterima kasih atas sumbangan wakaf kerusi roda ini yang disifatkan mereka sebagai tanda keprihatinan SAY Sabak Bernam terhadap keperluan komuniti di kawasan mereka. Sumbangan kerusi roda ini disampaikan oleh Pengerusi SAY Sabak Bernam, Puan Hasnah Johari.

Sementara itu pada 7 Mac pula, SAY Sabak Bernam telah berkunjung ke ibu pejabat YADIM di Putrajaya dan mengadakan perbincangan dengan Bahagian Khidmat Bakti.

Hadir dalam kunjungan ini ialah Puan Hasnah, timbalannya, Encaik Zabil Saaban, bendahari, Puan Jalilah Selamat serta ahli jawatankuasanya,  Hamdan Azimuddin Rais. Kehadiran mereka disambut oleh Pengarah Bahagian Khidmat Bakti, Encik Abdul Qaiyum Aris dan Penolong Pengarahnya, Ustaz Muzammil Musbah.

Antara yang dibincangkan dalam pertemuan ini termasuklah perancangan SAY Sabak Bernam untuk 2023 selain cadangan penubuhan SAY Teluk Intan oleh Encik Hamdan.

Semoga segala perancangan dapat direalisasikan untuk membawa manfaat bagi semua.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *