Home » Uncategorized » Saya lebih percaya Lembaga Zakat

Saya lebih percaya Lembaga Zakat

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan berkata pembayaran zakat yang dibuat oleh institusi itu selepas mendapat nasihat lembaga zakat.

Beliau menjawab kritikan bahawa pembayaran tersebut tidak perlu dibuat memandangkan PTPTN bukan sebuah perniagaan dan malah kini menanggung hutang.

Wan Saiful berkata beliau tidak berminat untuk mempolitikkan isu pembayaran zakat PTPTN.

“Mereka boleh berfatwa sendiri, tetapi saya lebih percaya kepada ilmuwan Islam dalam lembaga zakat berbanding mereka yang mahu mempolitikkannya.

“Pembayaran dibuat di semua negeri, termasuk yang bukan di bawah Pakatan Harapan. Saya tidak berminat menjadikan kewajiban agama sebagai isu politik,” katanya dalam satu kenyataan .

Menurut laporan tahunan PTPTN, agensi itu telah menyiarkan keuntungannya sejak tahun 2011.

Setelah pemeriksaan yang lebih teliti, keuntungan ini hanya dimungkinkan kerana geran oleh kerajaan persekutuan yang berjumlah RM1,881,170,970 pada 2016.

Tanpa geran tersebut, PTPTN akan mencatatkan kerugian besar setiap tahun sepanjang tempoh keseluruhan.

Semalam, PTPTN dalam kenyataan menjelaskan pihaknya wajib membuat pembayaran itu kerana mendapat untung daripada pelbagai pelaburannya.

PTPTN juga menjelaskan ia telah mendapatkan pandangan daripada Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Lembaga Zakat Selangor sebelum membayarnya.

Setakat ini, badan itu telah membayar zakat di Melaka, Pulau Pinang, Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Kedah.

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *