Home » Langit Terbuka » ‘Saya Sentiasa Hormati Institusi Mufti’ – Mohd Na’im

‘Saya Sentiasa Hormati Institusi Mufti’ – Mohd Na’im

KUALA LUMPUR: Pentadbiran hal ehwal Islam di Malaysia memerlukan kerjasama dan hubungan yang rapat serta saling menghormati terutama dengan institusi mufti yang mempunyai kebijaksanaan dalam hukum syarak dan fatwa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata beliau sentiasa merujuk dan menghormati pandangan yang diberikan para mufti.

“Alhamdulilah, selesai saya bersarapan bersama Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah pagi ini.

“Sambil makan, banyak perkara saya dan Sahibus Samahah bincangkan mengenai umat Islam di negara ini.

“Apa yang penting, hormati menghormati kena ada. Saya sentiasa hormat institusi mufti,” katanya ringkas dalam catatan di Facebok hari ini.

Perkongsian tersebut menafikan tuduhan dibuat pihak tidak bertanggungjawab sebelum ini berkenaan Mohd Na’im tidak menghormati dan mempertikai padangan mufti. — AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *