Home » Langit Terbuka » SEHARI Bersama Komuniti (SEBATI) Madani di Selangor

SEHARI Bersama Komuniti (SEBATI) Madani di Selangor

SEHARI Bersama Komuniti (SEBATI) Madani di Selangor memasuki siri ke 3 apabila yang terkini diadakan di Masjid Kampung Perepat, Kapar pada 22 dan 23 September.
Bermula dengan tazkirah Maghrib oleh Daie Muda YADIM (DMY), Zaiful Faizal Mohamad Hasan pada 22 September dengan tajuk ‘Akhlak Rasulullah SAW: Disayangi Kawan dan Lawan’.
Selesai solat Subuh pada 23 September, pengisian program diteruskan dengan Tazkirah Subuh oleh Ustaz Khubaib Muhamad Asmadi, pendakwah bebas yang membawa tajuk ‘Meneladani Sirah: Nabi Muhammad SAW Juga Seorang Manusia.’
SEBATI Madani diteruskan dengan acara Cuci-Cuci membersihkan Masjid Kampung Perepat oleh anggota Sukarelawan YADIM Kapar diketuai Puan Alifah Nasiran bersama ahli kariah masjid.
Kira-kira 50 peserta program dan ahli SAY Kapar bergotong royong membersihkan kawasan luar dan dalam masjid, sebelum mereka mengikuti kelas pengurusan jenazah disampaikan Penolong Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM, Ustaz Khusnaini Mongin.
Dalam program ini, para peserta diberikan pendedahan secara teori dan praktikal bagi menguruskan jenazah menurut syarak.
SEBATI Madani di Kapar kemudiannya diakhiri dengan Kuliah Zohor oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin.
Ustaz Zamri kemudiannya menyampaikan sumbangan YADIM kepada 30 keluarga yang memerlukan dalam kalangan ahli kariah masjid.
Hadir sama dalam program ini ialah Penyelaras YADIM Selangor, Encik Mohammad Izzuddin Mohamad Ares, Imam Masjid Kampung Perepat, Haji Arif Arifin dan Nazir Masjid, Mohmad Nazer Hasim.
Kementerian Kesihatan turut terlibat di Masjid Kampung Perepat dengan mengadakan pameran bahaya penyakit denggi.
SEBATI Madani oleh YADIM Selangor selepas ini akan diadakan di Hulu Langat.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *