Home » Citra Yadim » Sejadah, telekung untuk mangsa banjir di Johor
a

Sejadah, telekung untuk mangsa banjir di Johor

SEGAMAT – Seperti diramalkan Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini, negeri ini akhirnya turut dilanda banjir.

Di daerah ini, beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mula dibuka sejak beberapa hari yang lalu bagi menampung mangsa banjir yang mula berpindah.

Cakna dengan keperluan untuk beribadah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) membantu melengkapkan keperluan di surau surau yang disediakan di pusat pusat pemindahan.

Pada 3 Januari, YADIM menyumbang sebanyak 60 sejadah dan 45 telekung untuk kegunaan mangsa banjir di Sekolah Agama Gemereh, Sekolah Agama Mukim Jabi dan Sekolah Agama Kuala Paya. Turut disumbang ialah kit jenazah untuk pusat pusat berkenaan.

Ketiga tiga sekolah ini antara institusi pendidikan yang dijadikan PPS untuk menampung mangsa banjir yang berpindah ketika ini.

Inisiatif ini merupakan antara yang disumbangkan oleh agensi agama Islam persekutuan untuk mangsa banjir di sini dalam lawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ke daerah ini pada 3 Januari.

Turut hadir mewakili YADIM ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdulah.

 

Artikel Berkaitan

Kerjasama strategik YADIM – YPM

PERBINCANGAN Bagi menjalin kerjasama antara YADIM dan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) telah diadakan pada 26 Mei 2023 di Menara MARA, Kuala Lumpur.

Kunjung hormat YADIM ke BSN

KUNJUNG HORMAT YADIM ke Bank Simpanan Nasional (BSN) telah diadakan pada 25 Mei 2023 di Wisma BSN, Kuala Lumpur bagi membincangkan kerjasama

Inisiatif dakwah Takwim Hijrah

TIDAK Banyak pihak yang mengkaji tentang kepentingan takwim Islam di negara ini, apatah lagi berdakwah menggunakannya. Itu antara cadangan kerjasama daripada i

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *