Home » Langit Terbuka » Sektor awam pilihan graduan

Sektor awam pilihan graduan

RAMAI graduan kini berminat untuk bekerja dengan sektor kerajaan berbanding pada tahun 1970-an kerana banyak penambahbaikan dilakukan dalam sektor awam. Gambar hiasan

SPA terima 1.56 juta permohonan untuk isi 25,046 jawatan pada tahun 2016

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerima 1.56 juta permohonan bagi mengisi 25,046 kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh sektor awam yang dianggap sebagai tulang belakang dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan pada tahun 2016.

Persepsi kerja bergaji kecil tidak lagi menghantui graduan lepasan universiti untuk memilih sektor awam sebagai kerjaya lebih-lebih lagi apabila kerajaan memper­kenalkan pelbagai kemudahan dan insentif dalam memastikan kebajikan penjawat awam sentiasa diutamakan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, jika pada era 1970-an, banyak institusi kewangan kurang percaya kepada penjawat awam kerana gaji yang kecil menyebabkan ramai antara mereka hanya mampu membeli kereta terpakai atau menunggu bertahun-tahun untuk membeli kenderaan baharu.

“Kini walaupun gaji tidak banyak, ia cukup kompetitif untuk survival. Malah dengan kenaikan gaji setiap tahun dan sistem potongan teratur, pihak bank kini lebih percaya untuk memberi pinjaman sehinggakan penjawat

awam diberi ke­lebihan tidak perlu membayar deposit atau mencari penjamin,” katanya kepada Bernama.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *