Home » Citra Yadim » Sembang Dakwah di SMK Pokok Sena 2

Sembang Dakwah di SMK Pokok Sena 2

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah menganjurkan program Sembang Dakwah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pokok Sena 2 bertujuan menyuntik motivasi kepada para pelajar sekolah berkenaan yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Program telah diadakan pada 17 Oktober lalu di sekolah berkenaan.

Eksekutif Yadim Zon Utara, Mohd Afifi Roslan berkata, program berkenaan adalah yang ke-10 kali diadakan dan bertujuan menyampaikan ilmu agama melalui pendekatan yang lebih tersusun dan melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri muslim

“Melalui program ini, Yadim ingin menyampaikan ilmu agama kepada generasi muda dan seterusnya dapat melahirkan sebuah masyarakat yang mempunyai jati diri Muslim yang unggul,’’ katanya.

Beliau berkata, bagi menjadikan sesi ceramah berkenaan menarik, Yadim telah menjemput Pencetus Ummah (PU) Azraie sebagai penceramah.

Katanya, pendekatan santai yang dibawa oleh PU Azraie itu, telah berjaya menarik minat para pelajar dan amat sesuai dengan generasi muda memahami apa yang cuba disampaikannya.

“Secara keseluruhannya, sambutan baik telah diberikan oleh warga SMK Pokok Sena 2 termasuk para pelajar dan guru-guru dan rata-rata mereka mahukan program ini diadakan lagi pada masa akan datang,’’ katanya.

Beliau berkata, maklum balas positif juga diterima daripada peserta-peserta program yang terdahulu, sehingga ada yang memohon supaya program berkenaan diadakan lebih kerap di sekolah mereka.

Jelasnya, sebagai badan dakwah, Yadim cuba menyampaikan mesej-mesej dakwah kepada sebanyak mungkin anggota masyarakat.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *