Home » Citra Yadim » Sembang Dakwah eratkan silaturahim

Sembang Dakwah eratkan silaturahim

SUNGAI PETANI 7 Mac – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara telah menganjurkan program Sembang Dakwah bertempat di Dewan JKKKN Seberang Perani, Pulau Pinang pada 4 Mac lalu.

Program ini yang telah dihadiri oleh kira-kira 80 penduduk setempat,  antara lainnya bertujuan untuk merapatkan hubungan penduduk setempat melalui program-program dakwah bersesuaian dengan tajuk yang dibawa iaitu `Keharmonian Bermasyarakat Dari Perspektif Islam’.

Menurut Pengurus Eksekutif YADIM Zon Utara, Habsah Husain, program Sembang Dakwah yang diadakan itu adalah antara usaha YADIM dalam membantu kerajaan membina sebuah masyarakat yang bersatu padu dan harmoni.

“Program ini diharapkan dapat meningkatkan semangat motivasi baru terhadap gaya hidup bermasyarakat, gaya berfikir akan potensi diri dan bersedia memahami orang lain dan persekitaran

“Dengan adanya interaksi sebegini maka dapat menyemai semangat setiakawan,berkerjasama dalam merapatkan hubungan keluarga dan sosial di kalangan masyarakat dan persekitaran serta menjalin hubungan silaturahim dan semangat kekitaan antara satu sama lain,’’ katanya.

Beliau berkata, apa yang menarik program ini turut dihadiri oleh pemimpin dan anggota masyarakat setempat tanpa mengira fahaman politik masing-masing.

Antara yang hadir termasuk Pengerusi  Jawatankuasa Kemajuan Masyarakat Kadun (JKMK) Sungai Bakap, Hashim Chik, Ketua Pemuda UMNO Nibong Tebal, Mohd Norhiesam Ismail dan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat, Jab Samad.

Artikel Berkaitan

SEBATI Madani Pulau Ketam

Ia bermula dengan tazkirah Maghrib oleh Daie Muda YADIM (DMY), Khairun Najmi Fadzil pada 26 Februari dengan tajuk ‘Metodologi Dakwah Rasulullah SAW’

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *