Home » Citra Yadim » Seminar Malaysia Madani peringkat YADIM-KAFA Perlis

Seminar Malaysia Madani peringkat YADIM-KAFA Perlis

SEMINAR Malaysia Madani peringkat YADIM-KAFA Perlis bertempat di Dewan Kuliyyah MAINPs, Kangar, Perlis telah berlangsung pada 28 Oktober.
Seramai 150 orang peserta terlibat dalam program ini yang kesemuanya merupakan guru KAFA di Perlis.
Penceramah terlibat ialah Prof Dr. Huzili Hussin, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) yang menyampaikan ceramah bertajuk ‘Keluarga Sejahtera Pemangkin Malaysia Madani’ dan Ustaz Ahmad Sirajuddin Abd Satar, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAIPs menyampaikan tajuk ‘Konsep Ihsan Malaysia Madani Dalam Bekerja’.
Seminar ini dirasmikan oleh Ustaz Ismail Romli Mewakili Pengarah JAIPs. Turut hadir UstazAbd Halim Md. Akhir, Timbalan Yang Dipertua Persatuan Guru KAFA Perlis.
Dalam ucapannya, Ustaz Ismail berharap dengan kerjasama ini dapst memberi manfaat kepada guru- guru KAFA Perlis dalam pembangunan kerjaya dan menambahkan ilmu kepada yang terlibat.
Penolong Pengarah YADIM Kedah dan Perlis, Ustaz Mohd Afifi Ruslan hadir sama ke program ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *