Home » Citra Yadim » Seminar Peradaban Islam Dalam Ketamadunan Malaysia Siri 2/2023.

Seminar Peradaban Islam Dalam Ketamadunan Malaysia Siri 2/2023.

GEORGETOWN – Tidak mahu ketinggalan dalam memperkasa pembangunan sumber manusia di Pulau Pinang, Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) pada 6 Jun menganjurkan Seminar Peradaban Islam Dalam Ketamadunan Malaysia Siri 2/2023.

Diadakan dengan kerjasama Al Hadi Centre dan YADIM, lebih 200 peserta terdiri daripada pelajar KITAB dan komuniti sekitar menyertainya.

Pengisian mengenai kepentingan sumber manusia antaranya disentuh dalam sesi forum modal insan Madani dan Wacana Tokoh Pemikir.

Program ini disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, merangkap Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Yang Berhormat, Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman. Beliau berharap agar program keilmuan seperti ini akan terus dianjurkan YADIM lagi selepas ini.

Hadir sama ialah Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus. Dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa Malaysia Madani tidak boleh lari daripada Piagam Madinah.

Ujarnya, ia menjadi rujukan dan disesuaikan dengan rukun negara dan nilai nilai tempatan.

Timbalan Yang Dipertua YADIM, Prof Madya Dr Adi Anuar Azmin merupakan ahli panel dalam sesi Wacana Tokoh Pemikir manakala Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Fadzil Alias pula diundang dalam sesi forum modal insan sebelumnya.

Turut terlibat ialah Rektor/Ketua Eksekutif KITAB, Professor Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid.

Seminar Peradaban Islam Dalam Ketamadunan Malaysia Siri 3/2023 akan diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia selepas ini.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *