Home » Langit Terbuka » Semua masjid, surau di Selangor diarah baca Qunut Nazilah

Semua masjid, surau di Selangor diarah baca Qunut Nazilah

Bacaan Qunut Nazilah di semua masjid dan surau di Selangor dilakukan sehingga penularan jangkitan itu diatasi sepenuhnya, kata JAIS. - Foto FB

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu agar membaca Qunut Nazilah bagi memohon perlindungan Allah SWT daripada jangkitan Covid-19.

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad, dalam satu kenyataan berkata, arahan itu dikeluarkan berikutan penularan jangkitan Covid-19 yang sedang melanda negara dan semakin meningkat ketika ini.

“Susulan penularan jangkitan itu, seluruh pegawai jawatankuasa masjid dan surau di Selangor hendaklah sentiasa peka dengan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penyebaran virus berkenaan sepertimana yang disarankan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Sebagai seorang Islam, kita hendaklah sentiasa memohon pelindungan Allah supaya melindungi negara daripada virus berkenaan. Bacaan Qunut Nazilah dilakukan sehingga penularan jangkitan itu diatasi sepenuhnya,” katanya. – Bernama

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *